Synopsis : Nordin Ahmad (20) adalah pelajar tahun kedua yang
teringin untuk dipandang “cool”. Masalahnya, setiap kali Nordin menjadi
tumpuan, dia akan panik, mula batuk dan akhirnya muntah. Aziz pula,
seorang pelajar poyo yang perasan popular, selalu menyakat Nordin. Aziz
sangat sakit hati bila Nordin mendapat perhatian dari pelajar
perempuan. Tina (20) adalah pelajar yang baru bertukar ke kolej Nordin
untuk “99 Hari Senyum”, sebuah program khas untuk mengatasi sikap panas
baran yang ditawarkan oleh Dr. Zida, kaunselor kolej. Tina tidak
merasakan dia bermasalah walaupun dia sebenarnya adalah seorang panas
baran tahap kronik. Namun bila mereka bertemu semula setelah 15 tahun
berpisah, darah gemuruh Nordin makin teruk dan sakit marah Tina menjadi
makin menjadi. Masalah menjadi lebih besar bila mereka disatukan dalam
persembahan berkumpulan untuk kelas teater. Yang jelas, mereka saling
membenci. Aziz suka Tina kerana dia melihat sendiri kebencian Tina pada
Nordin. Makin lama mereka bertengkar, Tina tersedar yang dia sukakan
Nordin, seperti 15 tahun dulu. Tina rasa dengan luahkan perasaan pada
Nordin, dia akan dapat mengatasi sikap panas barannya tapi hanya jika
Nordin menerima cintanya. Nordin pula kurang pasti jika dia betul-betul
sukakan Tina jadi sebelum sempat Tina luahkan perasaannya pada Nordin,
Nordin laksanakan “teknik istimewa”nya ke atas Tina. Melalui “teknik
istimewa”nya, Nordin yakin dia sukakan Tina tapi malangnya, teknik
Nordin itu buat Tina yakin Nordin bencikan dia. Tina buat keputusan
keluar dari kumpulan. Namun Nordin sedar yang ianya masih tidak dapat
menyelesaikan masalahnya selagi dia tidak berterus terang dengan Tina.
Namum pada hari persembahan, kumpulan Nordin mengalami masalah bila apa
yang dirancang tidak menjadi. Bila keadaan mula terdesak, Tina muncul
dan buat persembahan bersama Nordin. Mereka pamerkan sebuah persembahan
yang mantap.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Mediafire:
No comments:
Post a Comment